Sunday, March 31, 2013
Aku Redha dengan ketentuan-Mu
Sekian lama aku menempuh peritnya kerinduan ini, kini aku sedar bahawa segala ini adalah ketentuan dari- Nya...sejenak aku terfikir kenapa kerinduan ini susah aku lupuskan dari diriku ini, belum pernah aku rasa kerinduan sebegini hebat. Setiap nafasku kerinduan ini hadir dalam diriku membuat aku tidak keteruan. Sahabat aku sering berkata Allah hanya menguji kita dengan satu perkara iaitu perasaan bukannya dengan kemiskinan atau kesihatan. Kemiskinan, kesihatan dan lain adalah hak kita yang sudah tertulis. Allah hanya menguji perasaan kita contohnya marah, sedih, kecewa rindu dan lain...Perasaan rinduku inilah yang sedang meyelubungi diriku ini, Ya Allah kuatkan aku menempuh dugaan-Mu..Kenapa semakin dekat dengan Mu, perasaan rindu ini makin kuat dan makin segar dalam ingatanku..Aku berserah padamu, sesungguhnya Kau adalah segalanya, hatiku milik-Mu dan hatinya milik-Mu jua. jika dia jodohku dekatkan aku padanya, jika dia bukan jodohku lupuskan perasaan rindu ini....Aku redha dengan ketentuan-Mu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment