Friday, April 19, 2013

Terperangkap

Aku kehilangan, aku kerinduan terperangkap oleh bayangkan cintamu dahulu, walaupun kita tiada ikatan cinta  kenapa hati aku masih terbayang dirimu. malam siang hatiku mencari bayanganmu, meronta-ronta dirimu bermain dhatiku, aku sedih dalam kerinduan ini. Dirimu membuatkan aku teramat rindu setelah kau ingin berjauhan dariku, aku sedar dan aku mengerti bahawa kita tiada jodoh dalam membina mahligai bahagia tapi sekurang-kurangnya berhubunglah denganku agar keperitan kerinduan ini terhakis

Saturday, April 13, 2013

Jatuh Kerinduan

aku lemah dan letih menghadapi kerinduan ini, letih melayan perasaan yang amat kuat ini, rasakan ingin tido dkala berjalan, ingin terbaring dkala mandi, ingin buang dkala menjamu selera, kenapa ini semua terjadi padaku, setiap masa wajahmu terbayang-bayang, kenapa dirimu selalu muncul dalam hidupku..Allah ampunilah dosa hamba-Mu ini, aku tak kuat untuk menhadapi dugaan-Mu ini.Badan kuat nampak kuat tetapi siapa tahu hatiku kecuk remuk hancur berderai dengan melayan perasaan ini.Ya Allah kuatkan hati hamba-Mu ini. Sesungguhnya aku amat merinduinya..terlalu merinduinya. Ya Allah aku berserah diri pada-Mu sesungguhnya Kau lah berkuasa atas segalnya

Wednesday, April 3, 2013

Mengapa Begini

Ya Allah, mengapa begini begitu kuat Kau menguji perasaanku kepadanya. Letih aku melayan perasaan rindu ini, puas aku mencuba lenyapkan perasaan rindu ini kepadanya tapi dia masih utuh berapa dalam hatiku. Setiap masa dia berapa dalam bayangkanku sehingga dia muncul dalam mimpiku, lantas aku bangun dan berkata 'mengapa begini'. Ya Allah ampunilah dosa-dosa ku, mungkin kerna dosa ku aku tidak dapat melupakan dia atau adakah dia jodohku. Aku keliru kerna dia tak pernah menyatakan hasrat hatinya kepadaku, cinta atau sebaliknya tp apa yg pasti aku ingin berhubung dengannya sampai hujung nyawa. Ya Allah permudahkan dan uruskan perjalanan hidup kami, sesungguhnyya Kau lah yg terbaik dalam segala urusan. JazakAllah

Sunday, March 31, 2013

Aku Redha dengan ketentuan-Mu

Sekian lama aku menempuh peritnya kerinduan ini, kini aku sedar bahawa segala ini adalah ketentuan dari- Nya...sejenak aku terfikir kenapa kerinduan ini susah aku lupuskan dari diriku ini, belum pernah aku rasa kerinduan sebegini hebat. Setiap nafasku kerinduan ini hadir dalam diriku membuat aku tidak keteruan. Sahabat aku sering berkata Allah hanya menguji kita dengan satu perkara iaitu perasaan bukannya dengan kemiskinan atau kesihatan. Kemiskinan, kesihatan dan lain adalah hak kita yang sudah tertulis. Allah hanya menguji perasaan kita contohnya marah, sedih, kecewa rindu dan lain...Perasaan rinduku inilah yang sedang meyelubungi diriku ini, Ya Allah kuatkan aku menempuh dugaan-Mu..Kenapa semakin dekat dengan Mu, perasaan rindu ini makin kuat dan makin segar dalam ingatanku..Aku berserah padamu, sesungguhnya Kau adalah segalanya, hatiku milik-Mu dan hatinya milik-Mu jua. jika dia jodohku dekatkan aku padanya, jika dia bukan jodohku lupuskan perasaan rindu ini....Aku redha dengan ketentuan-Mu.

Monday, March 25, 2013

Rindu Dalam Hati

Assalam...
Terlalu cepat cinta hatiku pergi dariku tapi apakan daya tapi aku perlu tahu aku perlu kuat untuk menempuh ranjau berduri dalam hidup aku nie. Masih terlalu jauh untuk aku mengatakan aku tewas dalam kehidupan ini, memang terlalu sebak orang kita amat sayangi pergi meninggakan kita dengan sekelip mata sahaja tanpa sebarang alasan yang kukuh..Demi Allah aku amat terlalu rindukan dia tapi aku tak mampu berkata demikian kerna dia tak mahu dengar semua rintihan aku dan aku ingin jaga persahabatan aku dan dia. Aku terlalu amat sayangkan dia. Jika dikatakan aku tiada jodoh dengannya tapi aku mahu hanya lelaki yang baik sahaja dapat menjadi raja dhatinya. Aku tak sanggup dia dlukai dan dkianati. Aku turut bahagia jika kau bahagia.Terima kasih kerna mewarnai kehidupan aku walaupun hanya seketika tetapi ianya amat bermakna dalam hidupku..terima kasih sayang...biarlah aku mencintai mu dalam hati walaupun aku tahu aku tiada dalam dalam hatimu

Monday, March 18, 2013

Cinta Dan Air Mata

Sungguh ku begini
Ketandusan rindu ini
Mengapa ku mencari
Sang penghuni syurga jiwa
Berdendang suara mengusap kalbu
Kulemas dalam terpesona

Kehadiranmu menerajang kekusutan

Yang lama terdapat di sini

Bagai telah dijanji

Termakbullah mimpi-mimpi
Hujanku menteri
Terciptalah sang pelangi

Irama lagu silam mewarnakan

Idaman kalbu kesampaian
Bulan memancar cahaya
Tanda reda
Ikatan percintaan kita

Kini tercapai sudah mahkota insani

Takkan bermakna benih pastikan menjadi
Kerana Yang Maha Kuasa lebih menyayangi

Dikau pergi tanpa pesan

Tinggalkan ku dalam kepasrahan
Cintaku yang suci bagai tak kesampaian
Terputus di tengah jalan
Hanya airmata doa
Yang dapat kuiringkan bersama
Kepada yang Esa kupohonkan semoga
Tempatmu disisinya
Lirik Cinta Dan Airmata - CRK @ Lirikami

Wednesday, February 20, 2013

Penantian sebuah cinta

As salam
Sekian lama aku menanti cinta, Alhamduillah kini hatiku kembali terbuka untuk menerima cinta. Hadirnya tanpa di duga dan jesteru itu membuat hatiku seolah-olah kembali mengecapi  erti kehidupan yg penuh keindahan ini, ibaratkan pokok yang hampir mati mendapat air Oh leganya.. Syukurlah, tp aku masih menanti cintanya, adakah dia ingin bersama denganku sepanjang hayatku ini? Apa-apa pun aku sabar menanti kerna dialah insan yg mampu mewarnai hidupku ini setelah sekian lama dibelenggu kehidupan dengan penuh kesepian. Aku amat merinduinya, aku amat menyayanginya tp adakah cinta aku ini diterima?...Penantian sebuah cinta adalah satu penyeksaan yg amat sgt

Sunday, January 13, 2013

Hati di awal tahun

Dari tahun ke tahun aku masih keseorangan,bilakah aku patut mendirikan rumah tangga Kadang-kadang bingung kenapa semua ini terjadi. jodoh duit umur semua faktor yang mengokong aku untuk menerokah kehidupan lebih sempurna. Duk melayan cerita adam dan hawa menampakkan amat indah dunia, aku sering tertanya dimanakah hawaku. Mungkin ramai yg menyakan aku nie kuat memilih tetapi aku dah cuba supaya x tertlalu cerewet tp lain plak jadinya tiada perempuan yg mampu bertahta dhati ini....hawa dtglah kepadaku, amat letih menunggu mu untuk hadir dalam hidupku