Friday, December 23, 2011

Islam Masa kini

salam

Pada post kali ini saya ingin merungkai masalah masyarakat islam dunia skrang lebih-lebih
lagi masyarakat islam kat negara kita ini. terlalu banyak isu atau kata-kata dikeluar lagi-lagi didalam laman  sosial contohnya ayat seperti "aku walaupun free hair tp aku masih sembahyang","harap bertudung tp mulut mcm longkang" "aksi tudung", dan banyak lagi isu yang dikeluarkan yang membabitkan umat islam kita. kenapa semua ini terjadi?dan apakah persepsi masyarakat agama lain memandang umat kita? tepuk dada tanya sama hati.

    Apa kita lihat skrang yang melalukan maksiat, jenayah, mengumpat dan lain2 bukan org lain, org yang melunaskan  rukun islam, Amat malu apabila lihat semua ini terjadi. Cantik pada luaran nya tp busuk  pada dalam nya. kenapa semua ini terjadi? Setelah lama saya merenung masalah ini berlaku, akhir saya dapat satu kesimpulan mungkin kesimpulan saya ini betul atau tidak hanya Allah saya yang mengetahuinya. Baiklah seperti yang kita semua sedia maklum, islam mempunyai 2 rukun asas iaitu rukun iman dan juga rukun islam. cuba kita renung kembali adakah kita dah berjaya lakukan kedua2 rukun ini? Pada pemerhatian saya ramai yang melaksanakan rukun islam tp ramai yang tidak mempunyai kekuatan pada rukan iman. Pada asasnya kita perlu mengenali rukan iman barulah disusuli ngan rukun islam, baru lah segala perbuatan kita akan dipernuhi dengan akhlak yang sempurna.

    Kita boleh ibaratkan kita ini sebagai sebatang pokok iaitu akar sama dengan rukun iman(iman), batang sama dengan rukum islam(amal) dedaun dan buahan adalah akhlak.Bagaimana kalau akar tidak kuat(iman) apa akan terjadi pada batang dan daun nya nescaya buruk keadaannya. Rukun iman dan rukun islam hendaklah bergerak dengan selari supaya kita dapat mengeluarkan masyarakatkan islam yang mantap. dengan adanya iman dan amal InsyAllah hidup kita lebih dberkati ,renungkanlah fikir kanlah. Bngkitlah wahai saudaraku..hidup tanpa iman ibarat badan tanpa roh. SubhanAllah...JazakAllah      

No comments: