Friday, September 19, 2014

Perfect Stemcell Biotech



Antara kebaikan pengambilan PERFECT Stem Cell untuk semua (tidak kira Lelaki dan Wanita dan Kanak-Kanak)
  • Membantu mengurangkan kedutan pada kulit terutama kulit muka. 
  • Membantu menguatkan sendi dan tulang. 
  • Mengaktifkan sel-sel badan dan kulit. 
  • Membantu bertindak sebagai anti penuaan dan antioksidan untuk menjaga kesihatan dan jantung. 
  • Mengurangkan risiko kanser. 
  • Membantu menigkatkan daya penyerapan kolagen oleh badan. 
  • Membantu merangsang badan bagi menghasilkan lebih banyak kolagen tersendiri. 
  • Membantu menjadikan kulit gebu, halus, licin, anjal dan menjaga kelembapan kulit agar kulit sentiasa segar dan bermaya. 
  • Melindungi kulit daripada terkena cahaya UV berlebihan yang boleh merosakkan sel-sel kulit.
  • Membantu mengurangkan kedutan pada kulit terutama kulit muka 
  • Membantu menguatkan sendi dan tulang  
  • Membantu menurunkan berat badan/buang toksin 
  • Memudarkan parut dan strechmark pada kulit 
  • Mencerahkan kulit di bahagian2 tertentu spt bawah lengan,celah peha,belakang leher dll. 
  • Membantu mengurangkan penyakit2 dalam badan Sesuai utk memulihkan luka dengan cepat 
  • Menghilangkan dan memudarkan parut jerawat dan jeragat 
  • Mengurangkan dan menghilangkan lingkaran gelap bawah mata 
  • Menegangkan payudara
  • Mengurangkan senggugut dan PMS Memberi tenaga dan mngurangkan rasa mengantuk Anti Blackhead/ whitehead 
  • Mengurangkan dan menghilangkan jerawat/jeragat diwajah /belakang badan Menguatkan otot jantung, wajah dan faraj. 
  • Membantu pesakit tekanan darah tinggi. 
  • Membantu menstabil dan mengekalkan tahap kolestrol yang baik.
  • Mengurangkan risiko kanser dan membantu pesakit yang mengidap penyakit jantung, sembelit, buasir, diabetes, strok, barah dan lain-lain.

Thursday, March 13, 2014

Sedikit Nasihat untuk Pasangan Suami Isteri

Untuk suami, renungkanlah...
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia. Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidak setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah. Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah,kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman,kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan,kamu gembalanya.
Isteri adalah murid,kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil,kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita,perlunya iman dan taqwa.Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa- Kamu bukanlah Rasulullah saw? Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah,cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh...amin.

Untuk isteri, renungkanlah...
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia. Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw? Tidaklah setaqwa Ibrahim, pun tidak setabah Ayyub ataupun segagah Musa apalagi setampan Yusuf. Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh. Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Suami menjadi pelindung,kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal, kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal,kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja,kamu nikmati anggur singgahsananya.

Seketika suami menjadi bisa,kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. Kerana memiliki suami yang tak segagah mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa.Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga, pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara. Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.. amin.

Justeru itu wahai para suami dan isteri. Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah. Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha. Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman. Dan tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar.


Kredit:http://asysyafaahpgdd.blogspot.com/

Sunday, January 12, 2014

Kembali Menulis

Assalamuilaikan sahabat-sahabat sekalian

sekian lama tidak menulis, kini aku bermula kembali dimana penuh dengan isu-isu semasa baik keadaan negara keadaan agama dan lain-lain.dari masa ke masa terlalu banyak mengajar aku erti kehidupan ini..penuh pancaroba...baiklah aku berhenti disini, untuk next post aku kembali, paling awl pun lagi  seminggu kerana terlalu sibuk dengan urusan dunaiwi.