Thursday, October 27, 2011

Liku Cinta

Salam
Banyak perkara yang kita belajar dalam hidup ini. Apabila direnung kembali apa yang aku telah lakukan selama 24 tahun sebelum ini, aku rasa satu kerugian besar yang telah aku lakukan yang digelar hamba Allah s.w.t. Bagi aku terlalu banyak masa terbuang dengan 'Cinta'

Pada post kali ini, aku ingin berkongsi tentang perihal cinta.Telah byk kali jatuh dari cinta, byk yang aku blajar melalui cinta. Apa itu cinta?? Cinta adalah gabungan dua hati bergabung menjadi satu, memang indah bila tengah hangat bercinta, tp cinta menjadi mampu menjadi mimpi ngeri bila kita kianati cinta.

Urmm...apabila direnung kembali nasib aku dalam percintaan ini, aku rasa diriku tewas dalam merancang cinta...mungkin silap diriku sendiri, mungkin keadaan sekeliling buat aku sebegini. Byk masa yang terbuang, datang dan pergi begitu sahaja bukan setakat masa, wang ringgit pun habis didalam melayan kerenah cinta ini 'the power of love'. Aku duduk terdiam terpaku merenung nasib diri tpapakan daya inilah dikatakan hakikat permainan dunia..baru kini ku sedar org tua pernah berkata "aku byk makan garam dari kamu", "kamu masih muda lagi byk lagi yang patut belajar" haaa kini baru aku ambik 'port' kata-kata mereka... setelah banyak kali aku jatuh atau tewas dalam arena cinta ini, kini aku berfikir panjang untuk mencari seorang wanita untuk dijadikan isteri untuk hidup sepanjang hayat aku.

Masa remaja, kita slalu cari wanita cantik, seksi, sosial tp semua itu hanya sementara bab org kata x sesuai jadi bini..hahaha...tp kini usia telah mematangkan aku, islam cukup sempurna kenapa kita masih ikut barat lagi dalam mencari pasangan hidup???Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi, “Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Jadi kenapa kita harus memilih barat lagi, islam amat sempurna, syukurlah aku masih bergelar Islam.

Berbalik pada matlamat asal post nie, bercintalah kerana agama, jangan hanya untuk memuaskan nafsu semata-mata. ingatlah kawan-kawan sekalian jgnlah buang masa semasa kita muda ini. beribadatlah wahai kawan-kawan krana kita hidup hanya sekali dan bercintalah berlunaskan ajaran islam jgnlah sia-siakan hidup kita..manfaatkan kelebihan kita sebagai khalifah dimuka bumi Allah ini..InsyAllah..Jazakallah