Sunday, March 31, 2013

Aku Redha dengan ketentuan-Mu

Sekian lama aku menempuh peritnya kerinduan ini, kini aku sedar bahawa segala ini adalah ketentuan dari- Nya...sejenak aku terfikir kenapa kerinduan ini susah aku lupuskan dari diriku ini, belum pernah aku rasa kerinduan sebegini hebat. Setiap nafasku kerinduan ini hadir dalam diriku membuat aku tidak keteruan. Sahabat aku sering berkata Allah hanya menguji kita dengan satu perkara iaitu perasaan bukannya dengan kemiskinan atau kesihatan. Kemiskinan, kesihatan dan lain adalah hak kita yang sudah tertulis. Allah hanya menguji perasaan kita contohnya marah, sedih, kecewa rindu dan lain...Perasaan rinduku inilah yang sedang meyelubungi diriku ini, Ya Allah kuatkan aku menempuh dugaan-Mu..Kenapa semakin dekat dengan Mu, perasaan rindu ini makin kuat dan makin segar dalam ingatanku..Aku berserah padamu, sesungguhnya Kau adalah segalanya, hatiku milik-Mu dan hatinya milik-Mu jua. jika dia jodohku dekatkan aku padanya, jika dia bukan jodohku lupuskan perasaan rindu ini....Aku redha dengan ketentuan-Mu.

Monday, March 25, 2013

Rindu Dalam Hati

Assalam...
Terlalu cepat cinta hatiku pergi dariku tapi apakan daya tapi aku perlu tahu aku perlu kuat untuk menempuh ranjau berduri dalam hidup aku nie. Masih terlalu jauh untuk aku mengatakan aku tewas dalam kehidupan ini, memang terlalu sebak orang kita amat sayangi pergi meninggakan kita dengan sekelip mata sahaja tanpa sebarang alasan yang kukuh..Demi Allah aku amat terlalu rindukan dia tapi aku tak mampu berkata demikian kerna dia tak mahu dengar semua rintihan aku dan aku ingin jaga persahabatan aku dan dia. Aku terlalu amat sayangkan dia. Jika dikatakan aku tiada jodoh dengannya tapi aku mahu hanya lelaki yang baik sahaja dapat menjadi raja dhatinya. Aku tak sanggup dia dlukai dan dkianati. Aku turut bahagia jika kau bahagia.Terima kasih kerna mewarnai kehidupan aku walaupun hanya seketika tetapi ianya amat bermakna dalam hidupku..terima kasih sayang...biarlah aku mencintai mu dalam hati walaupun aku tahu aku tiada dalam dalam hatimu

Monday, March 18, 2013

Cinta Dan Air Mata

Sungguh ku begini
Ketandusan rindu ini
Mengapa ku mencari
Sang penghuni syurga jiwa
Berdendang suara mengusap kalbu
Kulemas dalam terpesona

Kehadiranmu menerajang kekusutan

Yang lama terdapat di sini

Bagai telah dijanji

Termakbullah mimpi-mimpi
Hujanku menteri
Terciptalah sang pelangi

Irama lagu silam mewarnakan

Idaman kalbu kesampaian
Bulan memancar cahaya
Tanda reda
Ikatan percintaan kita

Kini tercapai sudah mahkota insani

Takkan bermakna benih pastikan menjadi
Kerana Yang Maha Kuasa lebih menyayangi

Dikau pergi tanpa pesan

Tinggalkan ku dalam kepasrahan
Cintaku yang suci bagai tak kesampaian
Terputus di tengah jalan
Hanya airmata doa
Yang dapat kuiringkan bersama
Kepada yang Esa kupohonkan semoga
Tempatmu disisinya
Lirik Cinta Dan Airmata - CRK @ Lirikami